Friday, September 21, 2012

Aidilfitri 2012 : The Best Ever !

Assalamualaikum. Just wanna show you pictures and best moments I had captured. A simple update, Raya 2012 in Penang. Enjoy.. Jangan bosan yer.? :)

Tadaa.. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 ! ikhlas daripada Nik Zaid & Che Wan family.

Ngeee.. dapat duit raya daripada alang ! thank you thank you :D

Gambar kat luar rumah pulak.

Picture with my cutey niece, brother and lovely mom :)

Sepatutnya ada lagi sorang.. ANGAH ! tapi dah berapa tahun dia tak balik beraya rumah.. huhu



Arieana & Arman dengan papa (along)

Arieana & Arman dengan mama (kak lin)




Alang belanja kami kfc. hehe

My beloved brother !




Saturday, July 21, 2012

Ramadan Tiba Lagi

Assalamualaikum. Alhamdulillah, dapat jugak merasa ramadan kali ni. Dah lama ku tunggu saat ni and ofcoz raya kan. hee. 21 Julai 2012 bersamaan hari sabtu iaitu hari ini, umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa. It will end within one month.

Tak sabar rasanya nak sahur, berbuka puasa, tarawih dengan family. First time rasanya hari pertama puasa lepas tahun 2008. Sebelum ni puasa kat perantauan jer.. tapi raya kat rumah. hehe. Kalau puasa kat micet tuu alahai, makan nasi bungkus, sahur entah kemana. Bila call mama tanya masak apa untuk berbuka.. semua makanan favorite aku dia sebut. Sedih ngatt.. masa tuu rasa macam nak lari laju-laju sampai rumah. Tapi takpe tahun ni dapat puasa seminggu kat rumah. Jadi laa. Puas hati i. hihihi. Tadi tarawih kat masjid pmtg bogak. Ramai orang datang. Penuh saf perempuan. Budak-budak kecik pon ada jugak. Comel jer dengan telekung tuu.. hee. Bagus-bagus ! Kakak ni sukaa :)

Just want to share with you :

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, "Jadikan ramadan ini umpama ramadan yang terakhir".

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa". (QS Al-Baqarah : 183)

Rasulullah S.A.W. bersabda, "Islam didirikan di atas lima perkara: Bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu utusan Allah, Mendirikan solat, Puasa di bulan Ramadan, Mengeluarkan zakat, Menunaikan haji ke Ka'abah". (Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

Tentang Bulan Ramadan:
  • Bulan yang penuh barakah.
  • Pada bulan ini pintu Jannah dibuka dan pintu neraka ditutup.
  • Pada bulan ini setan-setan dibelenggu.
  • Dalam bulan ini ada satu malam yang keutamaan beramal di dalamnya adalah lebih baik daripada beramal seribu bulan di bulan lain, yakni malam Lailatul Qadar.
  • Pada bulan ini setiap hari ada malaikat yang menyeru menasihati sesiapa yang berbuat baik agar bergembira dan yang membuat maksiat agar menahan diri.


Keutamaan beramal di bulan Ramadan:
  •  Menjadikan bulan Ramadan memintakan syafaat.
  • Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara setelah Ramadan yang lewat sampai dengan Ramadan berikutnya.
  • Khusus bagi yang puasa disediakan pintu khusus yang bernama Rayyaan untuk memasuki Jannah.

Akhir kata, selamat menyambut Ramadan mubarak, selamat berpuasa dan selamat bertarawih semua. Banyakkan amal ibadah. Moga Ramadan kali ni penuh makna dan membawa keberkatan kepada kita. Jangan lupa niat puasa.. Pagi nanti nak sahur dengan family :) Nite.