Wednesday, June 27, 2012

Kasut Baru

Assalamualaikum. First sekali nak lahirkan rasa syukur sebab semua subjek untuk sem 4 pass. Alhamdulillah. Syukur sangat. TAPI satu jer yang tak menarik.. UNIKL tak nak release result lagi buat masa ni. We can only know our status either it pass or fail. The details result will be released on 31th July 2012 after the senate meeting. 31 Julai tuu hari pertama start kelas. So nak tak nak kena tunggu laa kan..

Oke motif utama nak cite ialah kasut baru. Aku seorang penggila kasut dan pantang nampak kasut cantik-cantik. Dia akan menggila oke. hahaha. Semalam aku beli kasut baru dekat kawan sekolah lama, Amira Azinni. Sekarang dia berniaga online dekat facebook. Macam-macam jual. Kasut, tudung, dan baju. Dia jual kasut murah-murah dan cantik.

Flat shoes. Aku kurang gemar pakai tapi kadang-kadang perlu jugak. I bought it because the material used look like a jeans. Aku jugak penggila jeans. hehehe

Wedges yang tutup kaki habis. hahaha. Lawak pun ada bila pakai ni tapi NICE. Nampak elegant. Boleh laa kalau nak pakai jalan-jalan jauh or kenduri.

Cantik kan kasut yang dia jual. Bagi aku oke laa berpatutan dengan harga yang dibeli.

Ni facebook page dia: https://www.facebook.com/kita.galeri

Monday, June 25, 2012

Pretty niece, Handsome nephew

Ceceyh... excited pulak nak cite pasal anak buah ni. Aku dah ada sepasang anak buah. Anak along dan kak lin. One more is coming this October insyaAllah. I don't know whether it is a boy or a girl, but I am really excited about it. Tak kisah laa kan lelaki ke perempuan asalkan sihat walafiat. Ameen.

Anak buah yang pertama : Arieana Maisara binti Abdul Malik. She was born on 3rd January 2010. Now, dah 2 tahun 5 bulan macam tuu. She is so pretty !! I love to tease her a lot. hahaha. Dia sangat lawak oke. Geli hati tengok gelagat dia. Bila lari, sebelah tangan menghayun sebelah tangan lagi stay straight. hehehe. Lawak betul. Ada sekali tuu, dia ambil foundation muka aku dalam beg. Dia ingat tuu lipstick sebab foundation tuu berbentuk lipstick. Dia pakaikan kat mulut dia. hahaha. Adoi.. arieana2. Dia memang pantang nampak benda kaler merah, kedai mainan, ayam, kucing, burung, barney, dan aiskrim. Semua tuu kegilaan dia.

Ni pose cantik. Kalau masa ambil gambar, cakap kat dia pose cantik automatik dua-dua tangan akan ke atas macam tuu.

Baru belajar buat pose peace. hehehe. Tiru gaya budak-budak sebaya dia bergambar kat situ.

Arieana and me (mak ude)

Anak buah yang kedua: Arman Madani bin Abdul Malik. He was born on 28th June 2011. His birthday is same with me !! hahaha. Boleh celebrate sekali laa kan. He is so handsome. Kecil-kecil pun handsome tau. Suka tengok dia senyum dan ketawa. Arman suka makan. Suap laa apa pun dia makan jer.. tak pernah memilih. Dia jenis suka pegang something. So that dia tak bosan. hehe. Dan aku rasa dia sangat baik sebab setiap kali arieana kacau or buli dia, dia relax jer.. ;p

Gambar masa kenduri kak fie kat kelantan baru-baru ni. Happy jer muka :)

Latest pic. Arman dah potong rambut. hehehe. Suka benor dia.

I love them so much :) They are so lovely. Can't wait to see the new baby !

Tuesday, June 19, 2012

Doing the 'Hantaran'

Assalamualaikum. Hari ni nak cite pasal hantaran. Hantaran.? For whom.? Mesti laa bukan aku. hee. Hantaran ni untuk angah. Majlis perkahwinannya bakal berlangsung bulan 12 nanti insyaAllah. He asked me to do the 'hantaran'. Yelaa.. sementara cuti ni boleh laa aku tolong buatkan. Seronok jugak tau.. at least ada laa sikit skills nak buat hantaran untuk majlis aku nanti. hehe. Masa majlis pertunangan tahun lepas, angah bagi kepercayaan untuk buat hantaran dia jugak. Masa tuu memang takde basic langsung nak buat.. memang 100% hentam keromo ! But this time, I will try my best to do the best.

Beli buku pasal perkahwinan. Motif.? Nak tengok contoh hantaran. hee. Boleh jer nak google.. tapi tak dapat tengok dengan teliti. Alhamdulillah dah dapat sikit idea nak gayakan hantaran tuu.


 Tema warna: Oren + Pink. Match ke gabungan ni.? hahaha. Ni barang-barang dia. Sepah rumah dibuatnya. hahaha. Seminggu jugak laa macam ni. Weekend jer mama bebel takut orang datang rumah tengok sepah macam ni.


Haaa... dah siap 50%. Ada lagi nak kena buat. Bunga belum taruk. Kain satin pun belum taruk. Basic jer yang dah siap. Perlu touch-up lagi.


I chose these flowers. They are so beautiful. Seriously ! Disebabkan cantik aku beli. hihi. Mahal tau harga dia. Sejambak ada 10 batang.

Oke nanti dah siap betul aku update lagi. Selamat minum petang :)

Monday, June 11, 2012

My Precious Family

Today I would like to story about my precious family. hee. macam present kat lecturer pulak rasa. Keluarga tuu sangat berharga bagi aku. Kalau takde keluarga, tak mungkin aku ada di sini. Keluarga laa tempat aku berteduh, tempat mengadu domba, mencari sinar kebahagiaan, kenal erti sayang & cinta. Aku sentiasa perlukan mereka tidak kira bila dan di mana. They are always there for me :)

Oke ni versi formal. Actually ni gambar masa Aidilfitri 2010. Ni satu-satunya gambar full yang semua ada.

Oke ni versi tak formal + gila-gila sikit. sikit jer. hee. Whenever I look this photo, it made me thinks "cute jugak family aku ni". hihihi

THE BEST PARENT I EVER HAVE. i love them so much. Tak tercapai akalku nak describe. hee. They are just look perfect.

Abang yang sulung, Abdul Malik (Along) ! He is so smart. Bercita-cita nak jadi macam dia. hee. The woman who wears the white scarf is my sister in law, Maryahaslini (Kak Lin). Lagi 2 orang tuu, anak buah kesayangan. Arieana Maisara & Arman Madani.

Abang yang ke-2, Muhd Zhafri (Angah) ! Sekarang dia navy kat TLDM Kota Kinabalu. He is so fierce ! hahaha. takut jugak aku. Masa kecik-kecik dulu selalu kena marah sebab kacau dia study. TAPI garang-garang dia pon, dalam hati ada taman woo. Ayah aku pernah cakap "angah kan mat bunga". kikiki

Abang ke-3, Mohd Hisyam (Alang) ! He is really sweet. so true ! Kalau ada masalah aku berbesar hati nak share dengan dia. Dia penyayang dan kelakar. Kalau tak silap, tahun ni dia dah cecah 26 tahun. Seriously, kalau borak dengan dia tak nampak macam umur tuu. He looks younger than that.

This is me, Anisah (Kakak) ! Tatau macam mana nak describe diri sendiri. Aku pun confuse. But what can I say is I am THE ONLY DAUGHTER in my family. haaa.. mesti nak cakap aku manja kan.?? no no no. sama sekali tidak. mama & ayah bagi kasih sayang sama rata jer. tak lebih tak kurang. hee. walaupun aku dikelilingi kumbang-kumbang sejak kecik dan terpaksa main game lelaki (kereta, robot, etc.) tapi tak kisah sangat. janji bahagia. they treat me well oke. tak kena buli pun. hehe

Satu-satunya adikku, Khairul Anwar (Keyo). He's now 19 years old. My story-mate. Too caring and helpful. Boleh dikatakan sangat rapat sejak kecik lagi sebab beza umur kami 2 tahun jer. We always did things together. makan, tengok wayang, tengok tv, jalan-jalan. Pendek kata, top secret aku semua ada kat dia. hahaha

Ni tok aku kat Perak. Bila datang rumah dia, mesti dia masak sedap-sedap. hee

Haa... ni anak cucu cicit Tok Puteh. ramai kan.? ada lagi ni yang takde.

Oke sampai sini dulu yer.. Banyak dah cite pasal family. As a conclusion, I LOVE THEM SO MUCH :)


Friday, June 8, 2012

I am Newbie ;)



Assalamualaikum. Hai semua ! ;) I am still newbie here. hope to get in touch with other people. jalinkan ukhuwah antara satu sama lain. it must be nice isn't it.? hee. Actually, dah lama pasang niat nak buat blog.. daripada zaman hingusan lagi tapi baru sekarang rajin. Opps, terlupa nak introduce diri sendiri. Oke, lets begin here.

Nama sebenar Anisah binti Nik Zaid. pendek jer kan nama aku.? hee. tapi tuu laa nama dalam ic dan surat beranak. Ayah aku yang namakan nama tuu. pendek pun takpe tak kisah u olls.. janji ada nama kan. aku dilahirkan di Hospital Besar Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Haa.. see, aku orang Penang. ori punya. hee. tapi bukan anak mami tau. no no. takde darah mami ke mamak ke takde. aku dilahirkan pada 28.6.1991. Jadi, bulan 6 ni genap laa umur aku 21 tahun. hahaha. gelakkan diri sendiri sebab dah bertambah umur. bukan tua oke, bukan. Aku belajar kat UNIKL MICET, Melaka. dah 2 tahun aku belajar kat sana. ada lagi 2 tahun. haih. tak sabar nak habis.. rasanya ni jela kot yang aku nak cite. nanti cite lagi ehh.? :)