Saturday, July 21, 2012

Ramadan Tiba Lagi

Assalamualaikum. Alhamdulillah, dapat jugak merasa ramadan kali ni. Dah lama ku tunggu saat ni and ofcoz raya kan. hee. 21 Julai 2012 bersamaan hari sabtu iaitu hari ini, umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa. It will end within one month.

Tak sabar rasanya nak sahur, berbuka puasa, tarawih dengan family. First time rasanya hari pertama puasa lepas tahun 2008. Sebelum ni puasa kat perantauan jer.. tapi raya kat rumah. hehe. Kalau puasa kat micet tuu alahai, makan nasi bungkus, sahur entah kemana. Bila call mama tanya masak apa untuk berbuka.. semua makanan favorite aku dia sebut. Sedih ngatt.. masa tuu rasa macam nak lari laju-laju sampai rumah. Tapi takpe tahun ni dapat puasa seminggu kat rumah. Jadi laa. Puas hati i. hihihi. Tadi tarawih kat masjid pmtg bogak. Ramai orang datang. Penuh saf perempuan. Budak-budak kecik pon ada jugak. Comel jer dengan telekung tuu.. hee. Bagus-bagus ! Kakak ni sukaa :)

Just want to share with you :

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, "Jadikan ramadan ini umpama ramadan yang terakhir".

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa". (QS Al-Baqarah : 183)

Rasulullah S.A.W. bersabda, "Islam didirikan di atas lima perkara: Bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu utusan Allah, Mendirikan solat, Puasa di bulan Ramadan, Mengeluarkan zakat, Menunaikan haji ke Ka'abah". (Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

Tentang Bulan Ramadan:
  • Bulan yang penuh barakah.
  • Pada bulan ini pintu Jannah dibuka dan pintu neraka ditutup.
  • Pada bulan ini setan-setan dibelenggu.
  • Dalam bulan ini ada satu malam yang keutamaan beramal di dalamnya adalah lebih baik daripada beramal seribu bulan di bulan lain, yakni malam Lailatul Qadar.
  • Pada bulan ini setiap hari ada malaikat yang menyeru menasihati sesiapa yang berbuat baik agar bergembira dan yang membuat maksiat agar menahan diri.


Keutamaan beramal di bulan Ramadan:
  •  Menjadikan bulan Ramadan memintakan syafaat.
  • Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara setelah Ramadan yang lewat sampai dengan Ramadan berikutnya.
  • Khusus bagi yang puasa disediakan pintu khusus yang bernama Rayyaan untuk memasuki Jannah.

Akhir kata, selamat menyambut Ramadan mubarak, selamat berpuasa dan selamat bertarawih semua. Banyakkan amal ibadah. Moga Ramadan kali ni penuh makna dan membawa keberkatan kepada kita. Jangan lupa niat puasa.. Pagi nanti nak sahur dengan family :) Nite.

Thursday, July 12, 2012

My 21st Birthday : 28 June 2012

Assalamualaikum. Yeah dengan bangganya aku umumkan Anisah Nik Zaid dah berumur 21 tahun. Wuaaa... I really want to be 20 years old forever ! *tak boleh terima kenyataan betoi dia ni* Dah berkurun baru nak update pasal birthday. Isk Isk Isk. Pada mulanya nak update on my birthday tapi ada hal yang tak dapat dielakkan so lepas dua minggu baru sempat. Apa yang jadi masa birthday aku.? Hmm. Sedih ada gembira pon ada. Part paling sedih tuu yang syok sekali.

Pagi tuu aku bangun dengan riang ria, berus gigi dengan bersemangat ala-ala nak pegi sekolah, dan solat subuh. Kononnya tak nak tidur balik lepas subuh sebab tetiba teringat orang cina selalu cakap 'tak ong maa mangkit lewat-lewat'. Oleh kerana itu, aku pon mengambil novel 'Akhirnya Aku Kahwin' sebagai pengubat kebosanan di kala pagi hari. Ehh apesal ayat aku pon dah macam novel. kui kui kui. Baca punya baca, mata mula memberi amaran dek kerana membaca di atas katil. Adoi.. mengantuk laa pulak. Aku pon tertidur semula.

Tinggg.. Phone message berbunyi. Aku terjaga dan terkejut. Tengok jam dekat phone dah pukul 10.30 pagi. Hah hamik kau ! Punya lewat bangun. Bertuah punya anak dara. Nasib baik laa mama dah pegi sekolah, kalau tak mesti teruk kena bebel. Yang ada kat rumah, ayah dengan aku jer. Ayah jenis tak bebel dan tak kisah sangat pasal bangun lewat ni. Pendek kata dia tak ambik port pon. Dah bangun terus pegi mandi. Siap buat konsert lagi dalam toilet tuu. Tak malu betoi. huahuahua

Pukul 12 ayah pegi belikan nasi daging untuk lunch kami. Ohh sedap tak terkata. Aku makan sambil berfacebook tanpa menghiraukan orang di sekeliling. Yela mana ada orang pon nak tengok kan. hee. Mama sampai rumah dalam pukul 3 lebih dan terus pegi berehat. Kedua-dua mereka tak wish or sebut pape pon pasal birthday aku. Tatau laa kenapa.. yang aku pon diam just cakap-cakap biasa jer dengan dorang. Tapi dalam hati tertanya-tanya, apakah makna semua ini.??

Sampai laa petang dalam pukul 6 aku pegi tengok tv kat depan tetiba mama dan ayah meluru datang peluk cium semua. wahaha. Terkejut bak hang ! Aku ingat dorang dah tak ingat dah birthday anak perempuan kesayangan ni haa.. Tapi memang terlupa pon !! hahaha. Mama dan ayah cakap sorry sangat sebab terlupa lepas tuu janji nak bawak makan luar. Suruh pilih nak makan kat mana. Pening aku pikir nak makan kat mana. Last-last i end up to eat at Aidy's Cafe near Kiosk Bertam. Dekat jer haa dengan rumah. Makan grilled chicken chop and mushroom soup. Tiga-tiga beranak makan benda yang sama. Well... sehati sejiwa sebantal lain katil laa katakan. Tuu pon dah besar nikmat dah. hehe. Alhamdulillah. Mekasih mama belanja makan. Sedap gilaaa. Nak lagi boleh.? :) Masa on the way nak balik tuu lalu depan Secret Recipe. Alaa yang kaler merah-merah mak ngah tuu.. Tetiba ayah aku berhentikan kete. Dia bagi duit suruh aku pegi beli 3 slices of cake. Aww. So sweet. hee

Haa... sengaja aku besarkan. Favorite cake ni. Aku yakin seratus peratus korang pon mesti suka kek ni kan. Nampak tak ada lilin atas kek tuu.? Haa tiup cepat. hee. Thanks ayah belanja kek yang sedap lagi menawan hati. Sorry mama tak sempat snap gambar grilled chicken chop and mushroom soup. Awal-awal dah bedal.

Then, nak ucap jutaan terima kasih pada semua yang sudi wish sama ada di fb, twitter, or phone. Thank you so much. Dah lama tak jumpa kawan-kawan sekolah tapi still ingat kat insan yang tak seberapa ni. Terharu tau.. Seronok gilaaa dapat ucapan daripada korang. Rasa macam manusia paling bahagia. hihi. Even tak kenal sangat, ucapan HB pon dah cukup buat aku senyum sampai ke telinga. Betoi ni tak tipu. Lastly, thanks to my only one, Muzakkir. You have made my day. Even kita jauh tapi saya rasa awak dekat sangat dengan saya :) Ni tak bodek ea.. ni betoi punya nana !